Monday 27 December 2010

..::Selamatkan Generasi Masa Depan::.


IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menegaskan agar seluruh ahli PAS memastikan kesinambungan perjuangan dapat dipelihara dengan baik dengan memastikan anak-anak dan anggota keluarga mereka menjadi ahli PAS dan mendaftarkan diri masing-masing dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggungjawab memastikan kemenangan dalam setiap kali pilihanraya diadakan.

Menurut beliau anak-cucu kita adalah antara golongan penting yang perlu membuat perubahan politik secara besar-besaran dalam pilihanraya akan datang bagi menyelamat negera kita dari penyelewengan Umno BN.

Memetik kata-kata beliau “Kita sebagai ahli PAS perlu sedar tanggungjawab besar untuk membuat perubahan politik yang bermula dari diri kita dan memastikan generasi kita menjadi ahli dan pendukung parti bagi kesinambungan perjuangan

“ Kita tak mahu lihat ada ahli kita yang semangat berkobar-kobar menentang Umno tetapi tidak pula mahu mengikat anak-anak dalam jamaah yang akhirnya mereka menentang Islam yang kita perjuangkan”

Beliau juga menyatakan kini rakyat sangat memerlukan perubahan politik besar-besaran bagi menyelamatkan negara ini dari penyelewengan dan segala bencana termasuk masalah gejala sosial yang semakin dashyat.

Justeru Pakatan Rakyat adalah pilihan terbaik kepada rakyat Malaysia untuk menggantikan kepimpinan negara yang selama ini dikemudi oleh pemimpin Umno BN yang telah banyak menggadaikan hak negara dan kepentingan rakyat dan ia bertambah buruk apabila generasi muda di Malaysia kini semakin rosak akhlaknya disebabkan punyai pemimpin negara yang juga lebih teruk rosak akhlaknya, tegas beliau.

Sunday 7 November 2010

..::Kenyataan Media DMP Pusat sempena pelancaran Briged Muslimat::..

Dewan Muslimat PAS Pusat mengambil langkah proaktif dalam menyediakan satu platform atau saluran kepada wanita muda yang berminat untuk bergiat aktif dalam segala gerakerja dan aktivitinya. Ini sekaligus membuktikan bahawa muslimat memberikan ruang yang sangat luas kepada golongan ini untuk memberikan sumbangan.
Selama ini, Muslimat PAS seringkali diajukan dengan soalan klise, “di manakah golongan wanita muda dalam PAS” walhal mereka sudah begitu lama melibatkan diri masing-masing dalam meneruskan agenda perjuangan parti. Oleh kerana mereka tidak dijenamakan dengan gelaran tertentu, maka masyarakat secara umumnya menganggap bahawa PAS terutamanya muslimat tidak memberikan ruang dan peluang kepada golongan wanita muda ini.

Selain daripada itu, di dalam Muktamar Tahunan Muslimat dua tahun kebelakangan ini, timbul usul daripada muslimat berkenaan pentingnya mewujudkan satu dewan khusus untuk golongan wanita muda. Namun, setelah dibahaskan dengan cermat, muktamar menolaknya dengan alas an bahawa Dewan Muslimat telah lama memberikan laluan dan peluang kepada wanita muda untuk aktif dalam Dewan Muslimat di semua peringkat dalam semua bidang dan aktiviti.

Oleh itu, dengan tertubuhnya “Briged Muslimat”, maka Muslimat PAS membuktikan bahawa sejak dari dulu hingga kini, kami sangat menghargai bahkan mengalu-alukan peranan yang telah dan bakal dimainkan oleh golongan wanita muda di dalam PAS.

Penglibatan dalam "Briged Muslimat" ini melangkaui bangsa dan kaum asalkan mereka berminat untuk bersama-sama membantu PAS dalam sebarang gerakerja yang akan menarik golongan wanita muda untuk menyokong atau terus menjadi ahli PAS.

Pasukan ini akan bergerak secara aktif ke seluruh Negara untuk meningkatkan kefahaman politik golongan wanita muda seterusnya menerangkan kepada mereka pentingnya menyokong PAS dan seterusnya Pakatan Rakyat.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Shah Alam, Selangor
1 Zulkaedah 1431H bersamaan 9 Oktober 2010

Friday 29 October 2010

UMNO makin keliru!




"Bismillahir-Rahmanir-Rahim: Tergerak hati saya untuk memberikan ulasan berkenaan kenyataan Timbalan Presiden Umno ketika berkempen di Galas, semalam (27 Oktober) yang disiarkan (Utusan Malaysia, 28 Oktober 2010, ms 3) dengan tajuk TPM BIDAS ’FATWA’ IKUT SUKA PAS.”

Tan Sri Muhyiddin Yasin dilaporkan menyebut : ''Perangai mereka macam biasalah, apa yang mereka buat 'halal' yang kita 'haram', yang dia (buat) masuk syurga, yang kita masuk neraka. Dari segi konteks kerjasama dengan masyarakat apa bezanya antara DAP dan MCA."

Nampaknya pilihan raya kecil N.45 Dun Galas sekali lagi menjadi medan pemimpin Umno menghentam PAS khususnya berkenaan kerjasama PAS dengan Pakatan Rakyat melibatkan DAP. Nampak sangat kemarahan Umno apabila PAS menjalinkan hubungan kerjasama dengan DAP. Gerun benar Umno apabila PAS yang dijadikan hantu untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina berikut orang Cina sudah boleh didekati dan tidak lagi digeruni.

Sukacita saya jelaskan, ada bezanya kerjasama antara Umno dengan MCA dan MIC dalam Barisan Nasional dengan kerjasama antara PAS dan DAP mahu pun KeAdilan di dalam Pakatan Rakyat. Ia bagaikan langit dengan bumi. Hairannya, penjelasan demi penjelasan telah diberikan. Namun, apabila telinga disumbat dan mata ditutup, tidak ada gunanya segala penjelasan yang diberikan. Pada hemat saya, pemimpin Umno sudah tenggelam dalam keghairahan untuk memburu kemenangan di Galas, hingga lupa tinggi rendahnya lantai tempat berpijak.

Beberapa hari lepas, pemimpin yang sama telah mencadangkan supaya mata pelajaran Sejarah menjadi mata pelajaran yang wajib untuk peperiksaan SPM bermula tahun 2013. Menunjukkan di sini Sejarah amat penting. Cuma saya ingin mengingatkan bahawa al-Quran sendiri tidak pernah meninggalkan aspek sejarah dalam penceritaannya. Bermula dengan sejarah penciptaan manusia seterusnya sejarah dakwah para nabi dan juga sejarah kehancuran umat-umat terdahulu. Makaa, al-Quran mahukan kita belajar dari sejarah. Justeru, PAS sendiri tidak pernah lupa untuk berguru dengan sejarah.

Bukankah sejarah mencatit bagaimana PAS telah diajak masuk bergabung ke dalam Barisan Nasional oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1973? Dengan hati yang ikhlas, PAS pada masa itu menyambut huluran tangan perpaduan tanpa menyedari musibah yang akan dihadapi. Rupanya Barisan Nasional tidak lebih sebagai perangkap bagi PAS. PAS bersama Umno membentuk Barisan Nasional demi perpaduan. Namun hasilnya PAS di Kelantan telah berpecah kepada empat, iaitu PAS, Bebas Bersatu, Hamim dan Berjasa. PAS hampir-hampir ranap akibat perpecahan tersebut. Malangnya selepas Umno kembali kuat, PAS ditendang daripada Barisan Nasional dan akhirnya kehilangan kerajaan di Kelantan pada tahun 1978. Apa hasilnya kerjasama PAS dengan Umno? Tangan Umno yang terkapai-kapai kelemasan dipegang erat dan diselamatkan oleh PAS. Apabila, terselamat lalu PAS ketika sarat dengan masalah terus ditendang ke laut, lemas keseorangan.

Di sini sukacita dinyatakan, hubungan PAS dengan DAP yang dikatakan chauvinis Cina, ia tiada unsur khianat dan PAS tidak dikhianati. Jika pemimpin Umno bertanya, apa bezanya kerjasama dalam Barisan Nasional dengan Pakatan Rakyat? Jawapannya, kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam. Awal-awal PAS sudah nyatakan, jika mahu teruskan kerjasama dengan PAS, kita tak akan buang dasar Islam, jika dibuang maka tiadalah PAS, kerana adanya PAS adalah untuk berjuang Islam. Dan PAS masih tetap dengan agenda Islam. Kerana kita yakin, perjuangan Islam sedia memberi keadilan untuk semua.

Seketika dulu, DAP sendiri pernah keluar daripada Barisan Alternatif apabila tidak dapat menerima agenda Islam yang dibawa oleh PAS. Tetapi mereka mula faham dengan keadilan prinsip Islam yang berjaya ditunjukkan setelah 20 tahun PAS mentadbir Kelantan. Di sini kita lihat, pemimpin DAP tidak anti Islam kerana mereka secara beransur-ansur kini mula mengenali Islam. Malah di Pulau Pinang kini yang diperintah DAP, kita dapati ketua menterinya banyak menerima pakai prinsip pentadbiran Islam. Malah ada pemimpin DAP yang sudah boleh memetik ayat-ayat al-Quran untuk rujukan, pemimpin Umno pula semakin menjauhi al-Quran. Justeru kita lihat, pengalaman PAS bersama DAP itu, hasilnya menunjukkan sekurang-kurangnya Islam sudah tidak digeruni oleh non muslim. Inilah beza besar kerjasama PAS dengan DAP dibandingkan kerjasama Umno dengan MCA. Ingin saya bertanya, apa ruginya orang Islam apabila DAP mula berjinak-jinak dengan Islam?

Sayang sekali, Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit. Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama lebai malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, Melayu dan Islam ialah perkara yang sama. Umno sudah buat silap sekian lama dalam mentafsirkan Islam. Lihat sahaja, cara pentadbiran kerajaan Umno yang bercadang menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam kononnya bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP). Apakah cara itu cara yang Islamik dan adakah ia serasi dengan budaya Melayu? Di manakah pula disangkut agenda Melayu yang kononya berteraskan Islam yang diperjuangkan Umno? Ini pendekatan silap Umno sekian lama sehingga menyebabkan pemimpoin MCA terus takut dengan Islam. Akhirnya non muslim terus dirundung Islamofobia.

Hakikatnya, Umno yang memperalatkan Islam. Bila tersepit, Islam juga yang dicari. Bukankah salah seorang Naib Presiden Umno sendiri sewaktu Perhimpunan Agung Umno yang lepas mencadangkan supaya Umno menjadikan masjid sebagai tempat untuk mendaftar pengundi baru? Hairan saya, tidakkah prinsip Umno selama ini, politik tidak boleh dibawa ke masjid? Hari ini, bila tersepit Umno sendiri mula menggadaikan prinsip? Bukankah saya sendiri dihentam begitu teruk oleh pemimpin Umno dan media suara Umno dengan menuduh saya berpolitik atas masjid? Nampaknya, selepas bangunan Umno di Kota Bharu sudah terjual, Umno sendiri sudah ingin menjual prinsipnya pula..

Nasihat saya, kembalilah kepada Islam. Tinggalkanlah pemikiran sekular yang tidak akan sampai ke akhirat. Sangatlah jauh berbeza pemikiran seorang mukmin dan seorang pendukung sekular. Orang-orang mukmin melihat jauh ke akhirat, sedangkan orang-orang sekular melihat hanya setakat dunia sahaja. Umpama seorang anak yang berumur dua tiga tahun bila bersama ibunya ke pasar. Anak kecil itu hanya berfikir untuk membeli belon dan alat-alat permainan yang boleh menyeronokkan. Berbeza dengan pemikiran si ibu, pemikirannya berkisar kepentingan sekeluarga. Maka si ibu berfikir, apakah lauk pauk atau makanan yang perlu dibawa pulang untuk kesiapan sewsi rumah nanti. Itulah perumpamaan pemikiran sekular yang hanya terhenti setakat di dunia, seumpama seorang anak kecil yang berfikir setakat alatan permainannya semata-mata.

Justeru peringatan untuk semua pencinta perjuangan sekular. Dunia belum kiamat, dan ada masa untuk kembali ke pangkal jalan. Firman Allah SWT (Surah Yunus 10:84):

“Dan Nabi Musa pula berkata (kepada kaumnya): Wahai kaumku! Kalau sungguh kamu beriman kepada Allah, maka hendaklah kamu berserah diri kepadaNya, jika betul kamu orang-orang Islam (yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah).”

Maka seruan saya, kembalilah kepada perjuangan Islam, kerana Islam itu ajaran yang menyelamat dan mensejahterakan seluruh umat di dunia ini.

Sekian.

Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.
Kota Bharu: 20 Zulkaedah 1431/28 Oktober 2010

Thursday 28 October 2010

..::SERUAN::..

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

(Attaubah 38)



berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(Attaubah 41)

..:: DUN GALAS N 45::..


SELAMAT BERJUANG JENTERA PAS PERAK DI DUN GALAS N 45

http://perak.pas.org.my/

GALAS: Pesuruhjaya PAS Perak memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di DUN Galas ( N 45 ) agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad bagi memenangi kerusi DUN Galas ( N 45 ) .

Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di Galas ini amat penting bagi meneruskan agenda perjuangan PAS bumi Kelantan Darul Naim.

Memetik ucapan beliau, “Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.

“Kini tiba pula giliran Galas untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lebaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan”.

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya di Perak. “Semoga momentum kemenangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat”, jelas beliau.

Saturday 9 October 2010

..::GERAKGEMPUR PRU 13::..

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah menganugerahkan segala kenikmatan terutama nikmat IMAN dan ISLAM. Syukur lillah juga kerana setiap apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan moga ianya seiring dengan redho Allah.

2 oktober baru-baru ini, DMP Taiping telah menjalankan gerak gempur PRU13 di Kamunting yang mana melibatkan tenaga muslimat Taiping dengan kerjasama dan sokongan dari DMP Pusat dan DMP negeri Perak yang sama-sama turun padang menjayakan program gerak gempur tersebut. Seawal program, semua tenaga kerja berkumpul di Pejabat Pas Taiping dan mendengar aluan dan taklimat yang disampaikan oleh wakil DMP Taiping. Disamping itu, Ketua Penerangan DMP Pusat juga turut memberi taujihat kepada muslimat-muslimat sebelum bergerak kerja menjayakan program. Gerak Gempur kali ini berakhir kira-kira jam 12 tengahari. Berikutan dengan ini, Gerak Gempur menghadapi PRU13 ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai persediaan ke arah PERUBAHAN. insyaallah-

..::warDah 13::..

Thursday 30 September 2010

..::GEMPUR PRU 13::..


Program Gempur PRU13

Lokasi: Pasar Tani Kamunting
Masa: 8.30pagi hingga 11.30pagi
Tarikh: 2 Oktober 2010

DMPTaiping dengan kerjasama DMP Pusat, DMPPerak dan Nisa'Taiping akan menjalankan program GEMPUR PRU13. Antara aktiviti yang dijalankan adalah edaran risalah/handbill. Kaunter aduan pakatan rakyat dan kauter daftar pemilih juga akan dibuka. Ayuh jalankan tanggungjawab anda.
Bagi yang belum mendaftar untuk mengundi, dialukan untuk datang ke kaunter yang akan dibuka.

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Wednesday 8 September 2010

..::Salam Eidulfiti::..


Alfun Mabruk Fii Ramadhan wa arjukum khoiran fiiha
smoga kita beroleh kemenangan dan mencapai tahap ketaqwaan hasil tarbiyyah Ramadhan
Moga beroleh keampunan Allah dan kembali kepada fitrah yang suci...sesuci kelahiran seorang bayi.
Teruskan beramal smoga kita tetap istiqomah dengan amal ibadah dan melakukan perubahan dari setiap aspek.
-Fastabiqulkhoirat-

Tuesday 10 August 2010

..::ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem::..


Rasulullah s.a.w bersabda:

" Apabila tiba awal malam dalam bulan Ramadhan, diikat semua syaitan dan jin-jin yang derhaka, ditutup semua pintu Neraka dan tidak dibuka walau satupun pintu, dan dibuka pintu-pintu Syurga dan tidak ditutup walau satupun pintu. Penyeru pun menyeru: " wahai orang yang mengharapkan kebaikan, terimalah! dan wahai orang yang mengharapkan kejahatan, berhentilah! dan (yang ikhlas) kerana Allah akan dibebaskan dari api neraka, dan (penyeru itu akan menyeru) pada setiap malam (Ramadhan)."
(riwayat at tirmizi dan ibn majah)

**fastabiqulkhoirat(berlumba-lumbalah mengerjakan kebaikan)**

Monday 26 July 2010

SEMINAR BLOGGER WANITA & MEDIA (BMW)

assalamu'alaikum wbt.


alhamdulillah pada 24/7/2010 baru-baru ini Lujnah Penerangan & Dakwah DMPN Perak telah mengadakan satu Seminar Blogger Wanita & Media (BMW) bertempat di Pejabat Perhubungan Pas Perak, Ipoh. Sasaran yang terlibat adalah ketua Lujnah Penerangan & Dakwah DMP dan blogger DMP & Nisa' setiap kawasan bermula jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang. Dengan kehadiran wakil2 dari seluruh kawasan, seminar ini bertujuan bagi melahirkan dan memberi kemahiran kepada blogger DMP, tips penulisan menarik dan penerangan berkenaan akta penulisan dari sudut undang-undang. antara slot yang berlangsung adalah slot Seni Penulisan Kreatif, Blog Tutorial, Penulisan dan Undang-undang dan blog Make Up. Kepentingan blog sebagai medium dakwah tidak dapat dinafikan dalam arus teknologi kini. Oleh demikian, DMPNP mengambil langkah untuk mencaturkan blogger untuk telus, terus dan berani dalam menyampaikan dan menegakkan kebenaran.


wallahu'alam


"ALLAH MENJANJIKAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH DARI KALANGAN KAMU BAHAWA IA AKAN MENJADIKAN MEREKA KHALIFAH-KHALIFAH YANG MEMEGANG KUASA PEMERINTAHAN DI BUMI, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; DAN IA AKAN AKAN MENGUATKAN DAN MENGEMBANGKAN UGAMA MEREKA yang telah diredhaiNya untuk mereka; DAN IA JUGA AKAN MENGGANTIKAN BAGI MEREKA KEAMANAN SETELAH MEREKA MENGALAMI KETAKUTAN. MEREKA TERUS BERIBADAH KEPADAKU DENGAN TIDAK MEMPERSEKUTUKAN SESUATU YANG LAIN DENGAN KU. Dan SESIAPA YANG KUFUR DAN ENGKAR SESUDAH ITU, MAKA MEREKA ITULAH ORANG-ORANG YANG DERHAKA." –annur: 55

..::Blogger bakal Memenangkan::..



Thursday 8 July 2010

..::1:1 keahlian::..


Ayuh sama2 bergerak memperkasakan keahlian dan tarbiyyah.
~Sempena gerak gempur dmptaiping bagi menghadapi pilihanraya 13~

Friday 12 February 2010

Thursday 11 February 2010

ZIARAH KC & MUSLIMAT CAWANGAN TAIPING BARAT


Bagi mengeratkan silatulrahim antara muslimat cawangan dan AJK DMPK, satu kunjungan mesra di adakan pada 10/2/2010 bertempat di rumah ketua cawangan Taiping Barat (Ustaz Halim)

Wednesday 10 February 2010

UMNO ragut suasana aman negeri PAKATAN


KOTA BHARU, 10 Feb: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan suasana aman di lima buah negeri Pakatan Rakyat diragut Umno apabila melakukan kudeta di Perak.


Sedangkan katanya, selepas pilihan raya umum lalu, Perak, Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan berada dalam keadaan aman. “Pergolakan berlaku bermula dengan hari rampasan kuasa sehingga tidak berkesudahan sebagaimana dilakukan pihak tidak bertanggungjawab itu.
“Kelantan alhamdulillah termasuk tidak berlaku huru hara kerana tidak berlakunya perancangan rampasan kuasa,” katanya ketika ditemui selepas majlis jamuan perpisahan dua bekas setiausahanya, Annual Bakri Haron dan Mohd Saiba Yaakub.


Annual meletak jawatan sebagai Setiausaha Politik akhir tahun lepas dan Mohd Saiba tamat kontrak pelantikan awal Febuari lalu.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, berlakunya rampasan kuasa di Perak menyebabkan rakyat sedar kerja tersebut merupakan perkara mungkar yang tidak bermoral. Oleh itu, beliau meminta orang ramai melahirkan rasa benci kepada mereka yang menggadaikan maruah rakyat dengan melakukan kudeta.


Katanya, perasaan benci wajar ditanam terhadap mereka yang kufur dan fasik kerana Islam mengajar agar menanam kebencian terhadap golongan seperti itu.
Beliau juga berkata, tidak wajar dilakukan demontrasi terhadap penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan Herald memandangkan ia telah lama digunakan bukan Islam di tanah Arab.

Saturday 6 February 2010