Thursday, 28 October 2010

..::SERUAN::..

Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.

(Attaubah 38)



berangkatlah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.

(Attaubah 41)

..:: DUN GALAS N 45::..


SELAMAT BERJUANG JENTERA PAS PERAK DI DUN GALAS N 45

http://perak.pas.org.my/

GALAS: Pesuruhjaya PAS Perak memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di DUN Galas ( N 45 ) agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad bagi memenangi kerusi DUN Galas ( N 45 ) .

Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS di Galas ini amat penting bagi meneruskan agenda perjuangan PAS bumi Kelantan Darul Naim.

Memetik ucapan beliau, “Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN.

“Kini tiba pula giliran Galas untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lebaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan”.

Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pilihanraya di Perak. “Semoga momentum kemenangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat”, jelas beliau.

Saturday, 9 October 2010

..::GERAKGEMPUR PRU 13::..

Assalamu'alaikum wbt.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi yang telah menganugerahkan segala kenikmatan terutama nikmat IMAN dan ISLAM. Syukur lillah juga kerana setiap apa yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan moga ianya seiring dengan redho Allah.

2 oktober baru-baru ini, DMP Taiping telah menjalankan gerak gempur PRU13 di Kamunting yang mana melibatkan tenaga muslimat Taiping dengan kerjasama dan sokongan dari DMP Pusat dan DMP negeri Perak yang sama-sama turun padang menjayakan program gerak gempur tersebut. Seawal program, semua tenaga kerja berkumpul di Pejabat Pas Taiping dan mendengar aluan dan taklimat yang disampaikan oleh wakil DMP Taiping. Disamping itu, Ketua Penerangan DMP Pusat juga turut memberi taujihat kepada muslimat-muslimat sebelum bergerak kerja menjayakan program. Gerak Gempur kali ini berakhir kira-kira jam 12 tengahari. Berikutan dengan ini, Gerak Gempur menghadapi PRU13 ini akan diteruskan dari semasa ke semasa sebagai persediaan ke arah PERUBAHAN. insyaallah-

..::warDah 13::..

Thursday, 30 September 2010

..::GEMPUR PRU 13::..


Program Gempur PRU13

Lokasi: Pasar Tani Kamunting
Masa: 8.30pagi hingga 11.30pagi
Tarikh: 2 Oktober 2010

DMPTaiping dengan kerjasama DMP Pusat, DMPPerak dan Nisa'Taiping akan menjalankan program GEMPUR PRU13. Antara aktiviti yang dijalankan adalah edaran risalah/handbill. Kaunter aduan pakatan rakyat dan kauter daftar pemilih juga akan dibuka. Ayuh jalankan tanggungjawab anda.
Bagi yang belum mendaftar untuk mengundi, dialukan untuk datang ke kaunter yang akan dibuka.

“….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

Wednesday, 8 September 2010

..::Salam Eidulfiti::..


Alfun Mabruk Fii Ramadhan wa arjukum khoiran fiiha
smoga kita beroleh kemenangan dan mencapai tahap ketaqwaan hasil tarbiyyah Ramadhan
Moga beroleh keampunan Allah dan kembali kepada fitrah yang suci...sesuci kelahiran seorang bayi.
Teruskan beramal smoga kita tetap istiqomah dengan amal ibadah dan melakukan perubahan dari setiap aspek.
-Fastabiqulkhoirat-

Wednesday, 1 September 2010