Tuesday 19 April 2011

..::Setiap Dari Kamu adalah Pemimpin::..

Alhamdulillah..syukur kpd Allah atas rahmat kurniaanNya yg tidak pernah henti. Tanggal 20 mac 2011 yang lepas, DMP Taiping dengan jayanya telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 di MArkaz Air Kuning, Taiping. Tahniah dan takziah kepada saf pimpinan baru yang telah dilantik. Moga pemilihan yang telah dibuat selari dengan perancangan Allah juga mendapat redho dan rahmat Nya jua. keputusan pemilihan bukan sekadar bergantung kepada orang yang mengundi semata, namun ianya adalah pemilihan dari Allah melalui kita hamba2Nya… perlu berlapang dada dan yakin bahawasanya Allah yang menggerakkan hati2 kita untuk membuat pemilihan dan seterusnya mentaklifkan kepada mereka2 yang layak..insyaallah.


Ingin saya kongsikan di sini sedikit isi-isi penting hasil catatan daripada ucapan YDP Taiping semasa mesyuarat agung tersebut. YDP berpesan agar kita meyakini setiap kerjabuat kita terhadap perjuangan. Perjuangan kita bukan semata menyibukkan diri dengan gerakkerja jemaah tetapi setiap ahli perlu jelas matlamat kita berada di dalam saf perjuangan kita. Perjuangan kita adalah untuk mendapat redho Allah. Ia adalah matlamat utama yang wajib kita sasarkan. Bila mana gerakkerja yang kita buat semata2 untuk mendapat keredhoan Allah, kita akan berasa lega dan tenang terhadap kerjabuat kita dan tidak sesekali berasa letih mahupun lemah. Ini adalah kerana kita yakin bahawasanya kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah.

Matlamat dalam perjuangan adalah untuk mencapai keredhoan Allah. Menang itu urusan Allah. Kita tidak tahu bila kemenangan itu, mungkin kemenangan itu anak cucu kita yang akan merasakannya..

“wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu” (suarh Muhammad: 7)

YDP juga mengingatkan bahawa pilihanraya adalah untuk menawan bukan peperangan untuk menghilangkan musuh.

Moga setiap kerjabuat kita adalah semata untuk mencapai redHo Allah kerana hanya dengan bermatlamatkan redhoNya, kita akan berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh tanpa menurut nafsu@dipengaruhi unsur-unsur negatif kerana secara fitrahnya bila kita melaksanakan sesuatu dengan meletakkan Allah dihadapan, kita akan melaksanakannya dengan penuh berhati2 dan penuh rasa taqwa. Insyaallah. Selamat bergerakkerja dan terus bekerja. setiap dari kita adalah pemimpin..Tanggungjawab menegakkan Islam bukan terletak di bahu pemimpin yang dilantik semata2 TETAPI perlu digalas oleh semua. ISLAM ADIL UNTUK SEMUA.

..::Government in waiting::..

No comments:

Post a Comment