Saturday, 14 May 2011

hi-tea dan edar risalah






Alhamdulillah pada petang tadi 14 mei 2011 yakni selepas asar PAS kawasan Taiping yg diketuai oleh YDP PAS kawasan telah mengadakan hi-tea dan edar risalah bersama Bob lokman di tapak pasar malam kamunting. Turut hadir bersama menjayakan program tersebut adalah AJK PAS kawasan dan AJK Muslimat Kawasan. Sambutan daripada orang ramai amat memberansangkan.

Esok PAS Kawasan Taiping juga akan turut sama menjayakan PROGRAM IJTIMAK PERDANA PAS GANTI UMNO di Chuar, Kati. Momentum Pilihanraya ke 13.

..::IJTIMAK PERDANA PAS GANTI UMNO::..


Moh beramai-ramai berhimpun di Chuar, Kati...
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT
IJTIMAK PERDANA PAS GANTI UMNO..
Gelombang PRU 13...TAKBIR!
ALLAHUAKBAR

..::program sumbangan kepada fakir miskin::..

Pada 8mei 2011 yang lepas, HALWA MTD dengan kerjasama PAS Kawasan Taiping telah mengadakan satu program memberi sumbangan kepada fakir miskin. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Muslimat PAS kawasan Taiping. berikut adalah gambar2 sekitar majlis..



Wednesday, 4 May 2011

...::Program Munajat PRU-13::...





program Munajat PRU13 telah di adakan di Markaz kg Pasir, Kamunting pada 27 April 2011 baru-baru ini..alhamdulillah kehadiran yang amat memberangsangkan dari kalangan ahli2 muslimat menunjukkan pembukaan program munajat yang positif...insyaallah ianya akan terus diadakan secara berkala sebagai kekuatan ruhiyah jemaah dalam perjuangan disamping menuju PRU13.

antara isi-isi penting daripada taujihat yang disampaikan oleh ketua muslimat Taiping:

The way to change our selves>
1. ikhlas
2. sabar
3. know more than others+Work+expect less than others
4. bijak > perlu ada motivasi dan bagaimana untuk motivate diri sendiri

Tuesday, 19 April 2011

..::Setiap Dari Kamu adalah Pemimpin::..

Alhamdulillah..syukur kpd Allah atas rahmat kurniaanNya yg tidak pernah henti. Tanggal 20 mac 2011 yang lepas, DMP Taiping dengan jayanya telah melangsungkan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-39 di MArkaz Air Kuning, Taiping. Tahniah dan takziah kepada saf pimpinan baru yang telah dilantik. Moga pemilihan yang telah dibuat selari dengan perancangan Allah juga mendapat redho dan rahmat Nya jua. keputusan pemilihan bukan sekadar bergantung kepada orang yang mengundi semata, namun ianya adalah pemilihan dari Allah melalui kita hamba2Nya… perlu berlapang dada dan yakin bahawasanya Allah yang menggerakkan hati2 kita untuk membuat pemilihan dan seterusnya mentaklifkan kepada mereka2 yang layak..insyaallah.


Ingin saya kongsikan di sini sedikit isi-isi penting hasil catatan daripada ucapan YDP Taiping semasa mesyuarat agung tersebut. YDP berpesan agar kita meyakini setiap kerjabuat kita terhadap perjuangan. Perjuangan kita bukan semata menyibukkan diri dengan gerakkerja jemaah tetapi setiap ahli perlu jelas matlamat kita berada di dalam saf perjuangan kita. Perjuangan kita adalah untuk mendapat redho Allah. Ia adalah matlamat utama yang wajib kita sasarkan. Bila mana gerakkerja yang kita buat semata2 untuk mendapat keredhoan Allah, kita akan berasa lega dan tenang terhadap kerjabuat kita dan tidak sesekali berasa letih mahupun lemah. Ini adalah kerana kita yakin bahawasanya kita telah menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah.

Matlamat dalam perjuangan adalah untuk mencapai keredhoan Allah. Menang itu urusan Allah. Kita tidak tahu bila kemenangan itu, mungkin kemenangan itu anak cucu kita yang akan merasakannya..

“wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolong mu dan meneguhkan kedudukan mu” (suarh Muhammad: 7)

YDP juga mengingatkan bahawa pilihanraya adalah untuk menawan bukan peperangan untuk menghilangkan musuh.

Moga setiap kerjabuat kita adalah semata untuk mencapai redHo Allah kerana hanya dengan bermatlamatkan redhoNya, kita akan berjuang dan bekerja bersungguh-sungguh tanpa menurut nafsu@dipengaruhi unsur-unsur negatif kerana secara fitrahnya bila kita melaksanakan sesuatu dengan meletakkan Allah dihadapan, kita akan melaksanakannya dengan penuh berhati2 dan penuh rasa taqwa. Insyaallah. Selamat bergerakkerja dan terus bekerja. setiap dari kita adalah pemimpin..Tanggungjawab menegakkan Islam bukan terletak di bahu pemimpin yang dilantik semata2 TETAPI perlu digalas oleh semua. ISLAM ADIL UNTUK SEMUA.

..::Government in waiting::..

Sunday, 10 April 2011

..::telur tiruan atau telur asli??::..

Sebelah Kanan adalah telur tiruan dan sebelah kiri telur original



Sebelah Kanan adalah telur tiruan dan sebelah kiri telur original

Telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.


Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan.

Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya.


Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain.


Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan

  1. Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.
  2. Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
  3. Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
  4. Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
  5. Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.
  6. Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
  7. Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
  8. Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini. Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang haram dimakan oleh orang Islam.


Friday, 28 January 2011