Thursday, 14 July 2011

..::Tragedi Berdarah 709; 9 Julai 2011::..

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN

DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT

BERHUBUNG HIMPUNAN AMAN BERSIH 2.0

”Tragedi Berdarah 709, Sabtu, 9 Julai 2011”

Dewan Muslimat PAS Pusat (Dewan Muslimat) mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak Polis era pentadbiran Najib Tun Abdul Razak dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein Onn yang telah memilih untuk menggunakan tindakan kekerasan dalam menghadapi dan menangani Himpunan Aman Rakyat ”Bersih 2.0” pada 9 Julai 2011 yang lepas.

Tindakan kekerasan Polis ini terzahir secara jelas menerusi penggunaan semburan air berkimia ”water canon” (difahamkan kepekatannya ditingkatkan sehingga 30% daripada biasa), penggunaan gas pemedih mata ”canister” (difahamkan diimport daripada syarikat yang sama membekalkan bahan tersebut kepada tentera Israel untuk digunakan ke atas ummat Islam Palestin), penggunaan ”cota” atau kayu belantan untuk menakutkan serta memukul rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata, penggunaan pengikat tangan daripada plastik wrap bergerigi yang berpotensi mencederakan dan menjerat tangan mangsa lebih kuat dan cengkam bilamana pergerakan pergelangan tangan mangsa berlaku.

Tidak terkecuali Polis juga telah melakukan ”direct physical contact” terhadap para peserta himpunan termasuk menendang, memukul, menutup mulut, menampar, menarik secara kuat sepenuh kudrat, mengheret, mencekik, memijak, menindih dan pelbagai macam tindakan lagi yang jelas dapat kita lihat berlaku di hadapan mata kita pada hari kejadian yang kami ungkapkan sebagai ”Tragedi Berdarah 709”.

Tindakan melepaskan ”peluru gas pemedih mata - canister” secara membidik tepat kepada khalayak rakyat yang berhimpun secara aman, bahkan ada lokasi tertentu yang rakyat jelas kelihatannya duduk dan merayu agar tidak ”ditembak”, juga adalah suatu tindakan yang melampau, sangat dzalim, tidak berperi kemanusiaan dan seolahnya Polis ketika itu merupakan ”sekumpulan Penjenayah dan Pembuli yang berlesen”. Semua ini dapat dilihat dan dibuktikan secara jelas oleh rakyat serta wakil-wakil media yang hadir dan sempat membuat rakaman daripada pelbagai sudut. Keseluruhan tindakan kejam ini sangat tidak boleh diterima oleh aqal kita sebagai masyarakat madani. Ianya dilihat lebih mirip kepada budaya barbarian dan kehidupan manusia yang tidak bertamaddun.

Justeru, Dewan Muslimat mendesak agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan dengan kadar segera bagi menyiasat salah laku oleh pihak PDRM, pencabulan undang-undang serta perlanggaran Keluhuran Perlembagaan yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa sepanjang menangani Himpunan Aman Bersih ini ; khususnya oleh Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, Ketua dan Timbalan Polis Negara.

Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat mendesak agar jawatan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang ”gangguan”.

Dewan Muslimat juga mendesak agar SUHAKAM segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin. Syor-syor SUHAKAM yang lebih sesuai untuk realiti semasa dunia adalah sangat diperlukan dalam usaha membantu semua pihak khususnya pihak berkuasa itu sendiri agar menghormati hak setiap rakyat yang dijamin kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan. Untuk itu, DMPP mendesak agar SUHAKAM diberikan kuasa undang-undang khususnya untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang terbukti melakukan pencabulan ke atas hak asasi manusia yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan mahupun oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Dewan Muslimat mengucapkan tahniah dan syabas kepada seluruh Jawatankuasa Bersih 2.0, semua badan NGOs dan parti-parti politik yang bergabung menjalankan Kempen Bersihkan Pilihan Raya Malaysia.

Dewan Muslimat menyanjung tinggi keberanian Rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum dan agama yang komited dan konsistan dalam usaha kita semua menjayakan Kebangkitan Rakyat pada 9 Julai 2011 yang lepas, khususnya bagi menuntut 8 perkara berkaitan Reformasi Pilihan Raya negara yang kita cintai ini.

Sesungguhnya ini adalah ”Hadiah” paling bermakna kepada seluruh rakyat bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-54 pada 31 Ogos akan datang. Justeru, Dewan Muslimat ingin menyarankan agar seluruh warga, pendokong dan penyokong Kempen Bersih ini mengenakan (memakai) pakaian berwarna Kuning pada tanggal 31 Ogos 2011 itu nanti sebagai manifestasi solidariti kita semua untuk sebuah Malaysia yang lebih baik dan bermakna untuk seluruh rakyat.

Dewan Muslimat turut menyelar semua pihak yang terlibat menafikan hak dan kewajaran Bersih 2.0 daripada menggunakan Stadium Merdeka pada 9 Julai 2011. Pandangan Patriot melalui Abdul Aziz (MT UMNO) misalnya yang mengatakan bahawa Stadium Merdeka adalah ”tempat yang suci” dan Bersih 2.0 tidak layak diberikan tempat di Stadium Merdeka adalah ternyata satu kenyataan yang biadab, tidak menghormati rakyat, derhaka dan tidak menghormati KDYMM Tuanku Mizan , bahkan suatu kenyataan melulu yang tidak matang dan bersifat munafiq.

Dewan Muslimat mencabar UMNO dan Pemuda UMNO khususnya, bagi menyatakan pendirian apakah artis-artis Barat yang berpakaian menjolok mata lebih ”mulia” dan ”bersemangat partriotik” kepada negara ini berbanding rakyat Malaysia yang menuntut satu sistem dan perjalanan Pilihan Raya yang Bersih dan Adil? Yang tentunya bercita-cita dan mendambakan ”Hari Esok Yang Lebih Baik Untuk Semua Warga”? Rakyat pelbagai kaum yang sanggup berdiri bersama ”without fear and favour”, dan terbukti telahpun menghadapi setiap cabaran dan ancaman yang dilontarkan oleh penguasa dzalim, Regim Barisan Nasional!

Dewan Muslimat turut merakamkan perasaan sangat berdukacita dan takziah kepada seluruh keluarga yang saudara mereka telah menjadi mangsa kedzaliman Regim Barisan Nasional. Khususnya kepada keluarga Almarhum Baharuddin Ahmad, seorang peserta Himpunan Bersih yang telah kembali ke rahmatuLlahi pada petang 9 Julai 2011 akibat daripada ”over reaction” pentadbiran Najib.

Akhirnya, Dewan Muslimat menyokong penuh akan pendirian berupa peringatan dan saranan oleh Presiden PAS, YB Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Hj Awang bahawa 9 Julai 2011 itu hanyalah satu muqadimah kesungguhan dan ketegasan tuntutan rakyat. Dewan Muslimat komited untuk terus memberi kesedaran kepada seluruh warga akan keperluan suatu sistem Pilihan Raya yang Bersih dan Adil bagi memastikan negara ini dapat dihormati kawan dan juga lawan.

Kembalikan Kuasa Rakyat! Bersihkan Pilihan Raya! Allahu Akbar!

Hormat Daripada,

AIMAN ATHIRAH AL JUNDI

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat

13 Julai 2011, Kuala Lumpur .

Sunday, 10 July 2011

..::BERSIH 2.0::..





Tahniah kepada peserta-peserta BERSIH 2.0 yang berjaya menunjukkan komitmen bagi menjayakan himpunan tersebut.. tidak lupa kepada penyokong pendokong yang sentiasa memberi 'support' dari segenap penjuru. walaupun banyak halangan dan tentangan dari pihak yang menentang, namun, kebangkitan rakyat secara langsung telah menggentarkan pihak UMNO dan kuncu2nya. Kebangkitan ini bukan titik permulaan tetapi suatu gelombang amaran kepada pihak umno bahawa BERSIH dan Pakatan Rakyat tidak pernah duduk diam dalam menegakkan hak2 rakyat. ..::GELOMBANG PRU 13-GOVERNMENT IN WAITING::..

Wednesday, 29 June 2011

israk mikraj




mari sama-sama kita menyingkap dan mengambil ikhtibar di sebalik peristiwa israk mikraj ini.27 Rejab mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan Nabi Muhammad SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj perjalanan Baginda dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin serta dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit ketujuh.Firman Allah bermaksud: “Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)

Peristiwa ini berlaku setahun sebelum penghijrahnya Nabi SAW ke Madinah bersamaan tahun 721 Masihi.Israk Mikraj adalah satu perjalanan kilat Nabi Muhammad pada malam hari atas kudrat dan iradat Allah dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Baginda kemudian naik ke langit sampai ke Sidratil Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai di bawah Arasy Allah (suatu tempat di mana alam ini diatur) dengan menembusi tujuh lapis langit, lalu kembali semula ke Makkah pada malam yang sama.sungguh hebat kuasa ALLAH dalam satu malam sahaja pelbagai peristiwa yg di tempuh oleh Nabi SAW antara peristiwa paling besar dan penting yg diterima ialah perintah supaya umatnya menunaikan solat fardu sebanyak 50 waktu sehari semalam.Beberapa kali Rasullah SAW berulang alik bertemu Allah SWT sehinggalah Allah mengurangkan kepada 10 kali dan akhirnya menjadi 5 kali sehari semalam saja.Nabi Musa masih merasakan umat Muhamad masih tidak mampu melaksanakan ibadat 5 waktu itu,tetapi Rasullah SAW nekad untuk tidak lagi menghadap Allah SWT kerana baginda malu untuk berdepan dengan Allah Taala.Biarpun jumlah solat dikurangkan menjadi 5 waktu saja namun ganjaran pahalanya seperti menunaikan solat 50 waktu. Allahua'lam

Saturday, 18 June 2011

..::Edaran Risalah Bersama YB Khalid Samad::..

Alhamdulillah semalam ( 18/6/11) pada pukul 530 petang. PAS Kawasan Taiping dengan kerjasama HALWA DMP Taiping berjaya menjalankan satu lagi edaran risalah di sekitar kawasan tapak pasar malam kamunting. Turut hadir dalam menjayakan program adalah YB Khalid Samad dan juga YDP Taiping. PRogram edaran ini adalah momentum ke arah menghadapi pilihanraya umum 13.
Gambar sekitar edaran(di bawah)


..::Boikot Akhbar Utusan Malaysia::..


Mai pakat boikot akhbar Utusan Malaysia yang telah menghina Islam.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penyiaran karikatur bertajuk kekeliruan kes rogol oleh akhbar utusan milik UMNO(Utusan Malaysia) sebagai MENGHINA ISLAM.

Lakaran pertama menggambarkan seorang gadis yang mendakwa dirinya dirogol dan dikatakan mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video telefon tetapi ditolak oleh 'tok penghulu' kerana tidak mempunyai empat saksi.

Manakalah lakaran kedua menunjukkan lukisan gadis yang sama membawa aduan berkenaan kepada polis yang menerima aduan tersebut.

Dialognya berbunyi: " bagus...alat itu pun boleh dijadikan bukti!"
Selain itu, dialog lain yang dikatakan menghina Islam adalah: "peralatan itu tidak boleh dijadikan bukti kerana dia tidak ada telinga dan tak ada mata! dia hanya besi!"

Sebagai orang Islam, kita amat peka dengan tiap2 hujah yang membawa kepada unsur2 menghina Islam. Dan ianya bukan sesuatu yang remeh temeh tetapi melibatkan hukum Allah.

Ayuh sama2 kita menyokong untuk menggesa supaya pelukis dan penerbit kartun tersebut didakwa dan sekaligus MEMBOIKOT akhbar utusan malaysia.

Tuesday, 14 June 2011

...::HIMPUNAN BERSIH 2.0::..

Kebangkitan Rakyat mampu merubah Kepimpinan!!! ayuh turun beramai-ramai memenuhi dataran menuntut keadilan dan ketelusan...

Saturday, 11 June 2011

...:::Halawatul Ukhuwwah AJK DMP Taiping::...

syukur lillah satu program ukhuwwah telah berlangsung dengan jayanya. Program Halawatul Ukhwah ini telah diadakan di Cameron Highland pada 10-11 Jun 2011. Impak yang sangat positif daripada program ini sangat ketara terlihat dikalangan AJK2 DMPTaiping. Kemanisan Ukhwah inilah yang akan menjadi satu lonjakan dan titik tolak untuk tenaga muslimat terus kebal dan mantap dalam bergerakkerja menuju kemenangan.
"Setinggi-tinggi ukhuwwah adalah ITHAR, serendah-rendah Ukhuwwah adalah BERLAPANG DADA"- Assyahid Imam Hassan AlBanna

MUSLIMAT POWER!!