Monday 18 July 2011

..::Program Hi-Tea Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat Taiping::..





Tanggal 17 Julai 2011 bersamaan 15 Syaaban 1432H DMP Taiping telah berjaya melaksanakan satu Program Hi-Tea Sekretariat Wanita Pakatan Rakyat di Wisma Iman. Program ini adalah untuk mewujudkan kesepakatan dan merapatkan hubungan antara muslimat PAS bersama wanita DAP, Parti Keadilan Rakyat dan ahli wanita DHPP(Dewan Himpunan Penyokong PAS) sebagai persiapan menuju PRU-13 di peringkat kawasan Taiping. Kehadiran adalah dari kalangan AJK DMPTaiping, AJK HalWa MTD, AJK wanita PKR, AJK wanita DAP, dan AJK wanita DHPP. Antara aturcara program adalah sesi ucapan wakil AJK DMP, DAP, PKR dan DHPP, sesi Dialog dan jamuan. Alhamdulillah, program ini telah memberi satu 'feedback' yang sangat baik melalui perbincangan bagi memantapkan kerjasama dan gerakkerja wanita Pakatan Rakyat menuju PRU-13 nanti.


No comments:

Post a Comment