Sunday 17 July 2011


Takziah kepada keluarga Ahli Parlimen Titiwangsa, YB. Dr. Lo’ Lo’ binti Dato’ Hj. Mohamad Ghazali yg telah kembali ke rahmatullah di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi 17 julai 2011.

Beliau yang dilahirkan pada 2 Ogos 1957 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Conolly Ipoh, Sekolah Raja Perempuan Taayah Ipoh sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Ijazah Kelas Pertama (Kedoktoran).

YB Dr Lo'Lo juga telah melanjutkan pengajiannya di Adelaide Alternative Medicine & Surgery dalam pengkhususan Acupunturist.

Beliau memenangi kerusi Parlimen P119 Titiwangsa pada pilihanraya umum lalu pernah bertanding di Parlimen P59 Bukit Gantang namun tewas kepada calon Barisan Nasional.

Allahyarhamah Dr Lo'Lo telah meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim yang merupakan pensyarah perubatan. Anak-anak beliau ialah Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan. Beliau juga mempunyai seorang cucu yang bernama 'Izz Nu'man.

Al-fatihah..semoga rohnya dirahmati ALLAH

No comments:

Post a Comment